Sinergi RTM Zon Selatan semarakkan Program Semangat Aspirasi Merdeka

Foto RTM

BANDA HILIR, 24 Ogos – Kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) Melaka, Johor dan Negeri Sembilan diperkukuh menerusi Program Semangat Aspirasi Merdeka Zon Selatan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Program menjadi platform menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di wilayah berkenaan.
  • Sinergi Zon Selatan digalakkan melalui program bersama untuk membentuk pakatan selatan yang lebih padu.
  • Penglibatan juruhebah radio, rakan penaja, komuniti Lady Bikers dan agensi memperkayakan program serta perkhidmatan kepada pengunjung.

Pengarah Penyiaran Melaka, Siti Nurbaini Khairi berkata, program itu menjadi platform menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di wilayah berkenaan.

“Saya merasakan sinergi Zon Selatan patut kita semarakkan lagi kerana apabila kita membuat program secara beramai-ramai, kita sebenarnya cuba membentuk satu pakatan selatan yang paling padu.

“Penglibatan juruhebah radio dari ketiga-tiga stesen menyebabkan setiap program yang kita adakan mendapat sambutan ramai peminat, terutama dari Melaka, Johor dan Negeri Sembilan,” katanya.

Beliau ditemui pada Program Semangat Aspirasi Merdeka Zon Selatan di Menara Taming Sari, di sini.

Jelas Siti Nurbaini lagi, penganjuran program berkenaan turut diperkukuh menerusi kerjasama RTM bersama rakan penaja dan rakan strategik.

Program berkenaan turut diserikan dengan penglibatan komuniti permotoran Lady Bikers dan Melaka Bikers, selain penyertaan pelbagai agensi yang menyediakan perkhidmatan serta maklumat kepada pengunjung.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.