
HELSINKI, 21 Ogos – Seorang wanita Finland-Rusia didakwa atas dua pertuduhan pemerdagangan manusia secara berat selepas membawa anak-anaknya ke Syria yang ketika itu dikuasai kumpulan militan Daesh (IS).
- Siasatan polis mendapati keluarga tersebut ditempatkan di kem Al-Hol, timur laut Syria selepas berada di zon konflik.
- Wanita dan seorang anak kembali ke Finland pada penghujung 2021; anak kedua pulang kemudian; kedua-duanya kini sudah dewasa.
- Pertuduhan difailkan di Mahkamah Daerah Eastern Uusimaa oleh Pihak Berkuasa Pendakwaan Kebangsaan; tertuduh menafikan semua dakwaan.
Pihak pendakwa raya Finland berkata, wanita berusia lingkungan 40-an itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan antara 2014 hingga 2024. Bagaimanapun, dia menafikan semua pertuduhan.
Menurut siasatan polis mendapati wanita itu membawa anak-anaknya ke Syria pada 2014 sebelum keluarga berkenaan ditempatkan di kem Al-Hol, timur laut Syria.
Ketua Inspektor Detektif Jan Aarnisalo berkata, kedua-dua kanak-kanak itu terpaksa melalui kehidupan yang tidak menjamin hak mereka untuk membesar dalam persekitaran yang selamat.
Wanita itu dan seorang anaknya kembali ke Finland pada penghujung 2021, manakala seorang lagi anak pulang kemudian.
Kedua-dua anak berkenaan kini sudah dewasa, namun umur mereka tidak didedahkan.
Pertuduhan difailkan di Mahkamah Daerah Eastern Uusimaa oleh Pihak Berkuasa Pendakwaan Kebangsaan Finland.-AFP