Remaja 18 tahun maut dalam nahas tiga kenderaan

Foto RTM

KUCHING, 18 Ogos – Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di Jalan Canna, Kuching, semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kejadian berlaku kira-kira pukul 12.25 tengah hari.
  • Kemalangan membabitkan sebuah kereta, sebuah lori dan sebuah motosikal.
  • Motosikal hilang kawalan, melanggar kereta; mangsa terjatuh dan diheret oleh lori di lorong kanan.
  • Mangsa disahkan meninggal di lokasi; siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 12.25 tengah hari; membabitkan kereta, lori serta motosikal.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal yang datang dari arah lampu isyarat Jalan Stutong Baru hilang kawalan sebelum melanggar kereta tersebut.

“Mangsa terjatuh dan diheret oleh sebuah lori yang bergerak lurus di lorong kanan.

“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Pemandu kereta dan pemandu lori berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.