Lelaki warga emas maut terkena renjatan elektrik

Lelaki warga emas maut terkena renjatan elektrik di Masjid Taman Kinabutan Rudiah, Jalan Apas, Tawau

TAWAU, 15 Ogos – Seorang lelaki warga emas maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik di Masjid Taman Kinabutan Rudiah, Jalan Apas, di sini pada Jumaat.

RINGKASAN BERITA AI
  • PGO JBPM menerima panggilan kecemasan pada 6.09 petang.
  • Sepasukan anggota balai bomba dikerahkan ke lokasi dan mendapati mangsa tertiarap serta tidak sedarkan diri.
  • Bomba memohon bantuan pihak elektrik untuk memotong bekalan sebelum mengalihkan mangsa.
  • Pegawai perubatan KKM mengesahkan mangsa meninggal dunia dan mayat diserahkan kepada polis; operasi dibantu PDRM tamat 7.42 malam.

Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sabah dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.09 petang.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau digerakkan ke lokasi dan mendapati mangsa tertiarap dan tidak sedarkan diri.

“Pihak bomba memohon bantuan pihak Sabah Electricity untuk memotong bekalan elektrik di kawasan berkenaan sebelum usaha mengalihkan mangsa dilakukan,” menurut kenyataan itu.

Pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan operasi tamat pada 7.42 malam.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.