Shelton tewaskan Mensik, mara separuh akhir Terbuka Kanada

Ben Shelton dari Amerika Syarikat memulangkan bola kepada Jakub Mensik dari Czech dalam aksi suku akhir Terbuka Kanada di Stadium IGA, Montreal/Foto REUTERS

MONTREAL, 12 Ogos — Ben Shelton mara ke separuh akhir Terbuka Kanada selepas mudah menewaskan Jakub Mensik 6-3, 6-1 dalam aksi suku akhir, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Shelton hanya membuat tiga kesilapan tidak dipaksa dan menamatkan perlawanan dalam 72 minit.
  • Shelton, juara bertahan, akan berdepan rakan senegara Learner Tien di separuh akhir.
  • Tien bangkit selepas ketinggalan servis awal, menewaskan Daniel Merida dan mara ke separuh akhir Masters 1000 pertama kali.

Pemain Amerika Syarikat berusia 23 tahun itu menguasai perlawanan sejak awal dan hanya melakukan tiga kesilapan tidak dipaksa untuk melengkapkan kemenangan dalam masa 72 minit.

Shelton, yang juga juara bertahan, akan berdepan rakan senegara, Learner Tien di separuh akhir.

Tien pula menewaskan pemain Sepanyol, Daniel Merida 6-3, 6-2 selepas bangkit daripada ketinggalan servis pada awal set pertama.

Kemenangan itu membolehkan Tien mara ke separuh akhir kejohanan Masters 1000 buat kali pertama.

Aksi suku akhir lelaki Terbuka Kanada bermula lewat sehari selepas cuaca buruk memaksa jadual perlawanan Isnin ditangguhkan. – REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.