Lapangan Terbang Hanover gantung operasi penerbangan, susulan penemuan dron

Foto REUTERS

JERMAN, 12 Ogos – Operasi penerbangan di Lapangan Terbang Hanover, disini digantung selama lebih sejam pada awal pagi Selasa selepas sebuah dron dikesan di kawasan lapangan terbang tersebut.

RINGKASAN BERITA AI
  • Landasan ditutup kira-kira 4 pagi hingga 5.20 pagi, waktu tempatan.
  • Enam penerbangan penumpang mengalami kelewatan; sebuah kargo dari Paris dilencongkan.
  • Operasi penerbangan kembali seperti biasa sejak pagi.
  • Polis Persekutuan menyiasat, tidak mengulas; kaitan dengan dron letupan di Leipzig/Halle belum disahkan.

Menurut Agensi Berita Jerman, Landasan terbang berkenaan ditutup kira-kira 4 pagi (0200 GMT) hingga 5.20 pagi, waktu tempatan.

Enam penerbangan penumpang mengalami kelewatan, manakala sebuah pesawat kargo dari Paris terpaksa dilencongkan.

Operasi penerbangan kembali beroperasi seperti biasa sejak pagi.

Polis Persekutuan memaklumkan, polis jenayah di Hanover sedang menyiasat insiden itu dan enggan mengulas lanjut berikutan siasatan yang masih dijalankan.

Insiden itu berlaku hanya beberapa hari selepas sebuah dron yang sarat dengan bahan letupan dikesan di Lapangan Terbang Leipzig/Halle di timur Jerman minggu lalu.

Menurut sumber keselamatan, dron itu ditemui pada lewat Selasa berhampiran sebuah pesawat kargo Antonov An-124 milik Ukraine.

Pakar daripada Polis Persekutuan Jerman kemudian berjaya menyahaktifkan bahan letupan pada dron berkenaan.

Setakat ini, masih belum dapat dipastikan sama ada kedua-dua insiden itu mempunyai kaitan. – BERNAMA-dpa

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.