Selat Hormuz : Perjanjian Iran-Oman penting bagi tamatkan konflik

Persetujuan baharu mengenai Selat Hormuz ‘hampir’ dicapai / Foto REUTERS

TEHRAN, 9 Ogos – Iran dan Oman ‘sangat hampir’ mencapai persetujuan baharu mengenai trafik maritim di Selat Hormuz, namun pembukaan semula laluan itu bergantung kepada syarat-syarat lain termasuk pampasan daripada Washington kepada Tehran.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perjanjian Iran-Oman dilihat penting untuk mencapai penyelesaian lebih menyeluruh bagi menamatkan perang.
  • Perbincangan merangkumi laluan sementara serta isu teknikal dan undang-undang berkaitan trafik maritim.
  • Presiden Pezeshkian menegaskan pelanggaran perlu ditangani oleh pasukan, bukan dengan berperang; Tehran perlu keluar daripada keadaan 'bukan perang'.

Menteri Luar, Abbas Araqchi ketika memaklumkan perkembangan itu berkata, Iran dan Oman turut membincangkan mengenai laluan sementara serta isu-isu teknikal dan undang-undang berkaitan.

“Perjanjian antara Iran dan Oman berhubung Selat Hormuz dilihat penting untuk mencapai perjanjian lebih menyeluruh bagi menamatkan perang.

“Konflik yang berlaku juga mengakibatkan Tehran telah mengetatkan kawalan ke atas laluan maritim paling penting bagi perdagangan tenaga global,”katanya.

Dalam pada itu, seorang pegawai Amerika Syarikat yang enggan dikenali menyatakan Washington menjangkakan satu perjanjian antara Iran dan Oman, bakal dicapai tidak lama lagi.

Perjanjian berkenaan dijangka membolehkan pergerakan semula kapal-kapal minyak secara normal.

Sementara itu, Presiden Masoud Pezeshkian dalam sidang media menegaskan ‘pelanggaran’ berlaku dalam setiap memorandum persefahaman dan berpendapat pasukan yang dibentuk sepatutnya bertindak untuk menangani pelanggaran berkenaan dan bukan untuk ‘berperang’.

Tehran katanya perlu keluar daripada keadaan ‘bukan perang’,”katanya yang merujuk kepada situasi di Selat Hormuz.

Baginya, pihak-pihak yang terlibat gagal mematuhi garis panduan yang dipersetujui antara Iran dan Oman.-REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.