
MATA AYER, 2 Ogos – Inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang mendapat sambutan positif dan diterima baik pelbagai lapisan masyarakat bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.
- Jalur Gemilang pelbagai saiz dihias secara kreatif, membangkitkan semangat patriotik dan menzahirkan kecintaan rakyat kepada negara.
- Menurut Penyelaras Program Siti Berenee Yahaya, pemilik mengibarkan puluhan Jalur Gemilang di sekeliling rumah.
- Pelaksanaan sekitar DUN Mata Ayer menunjukkan penghayatan kemerdekaan sentiasa teguh, terutama dalam kalangan penduduk kampung.
- Program pemasangan melibatkan kesemua 17 Jawatankuasa Pengurusan Keselamatan Kampung Persekutuan di DUN tersebut.
Jalur Gemilang pelbagai saiz yang dihiaskan secara kreatif membangkitkan semangat patriotik yang membuktikan kecintaan kepada negara tetap teguh.
Menurut Penyelaras Program 1 Rumah 1 Jalur Gemilang DUN Mata Ayer, Siti Berenee Yahaya, pogram itu menyaksikan terdapat pemilik yang mengibarkan puluhan Jalur Gemilang di sekeliling rumah.
Pelaksanaan program tersebut di sekitar DUN Mata Ayer menunjukkan penghayatan kemerdekaan sentiasa teguh dalam diri rakyat terutama di kawasan kampung.
Beliau menyatakan demikian pada Program Pemasangan Jalur Gemilang menerusi kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang sekitar DUN Mata Ayer melibatkan kesemua 17 Jawatankuasa Pengurusan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP).