Sultan Perak berangkat ke sambutan Hari Pahlawan peringkat negeri

Foto BERNAMA

IPOH, 31 Julai – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Perak 2026 di Dataran Bangunan Perak Darul Ridzuan, di Ipoh, pagi ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Raja Muda Perak Raja Jaafar dan Raja Di Hilir Perak Raja Iskandar Dzurkarnain turut berangkat.
  • Pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama diketuai Mejar Mohd Izuan Mohamed dari Markas Rejimen Askar Jurutera Diraja 2 Divisyen.
  • Kawalan kehormatan melibatkan tiga pegawai, 103 anggota lain-lain pangkat; keseluruhan perbarisan 280 pegawai dan anggota keselamatan termasuk veteran ATM dan pesara PDRM.
  • Istiadat menurunkan Jalur Gemilang separuh tiang, diiringi tiupan Last Post, serta deklamasi sajak 'Pahlawan' sebagai penghargaan.

Turut berangkat ialah Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah.

Keberangkatan baginda disusuli pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama daripada Markas Rejimen Askar Jurutera Diraja 2 Divisyen yang diketuai Mejar Mohd Izuan Mohamed.

Kawalan kehormatan itu melibatkan tiga pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat, manakala keseluruhan pasukan perbarisan membabitkan 280 pegawai serta anggota pasukan keselamatan, termasuk veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Istiadat kemudian diteruskan dengan upacara menurunkan Jalur Gemilang separuh tiang, diiringi tiupan “Last Post” sebagai simbol penghormatan bagi mengenang jasa serta pengorbanan para pahlawan negara.

Majlis turut diserikan dengan deklamasi sajak bertajuk “Pahlawan” sebagai tanda penghargaan terhadap pengorbanan perwira negara.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.