
PORT DICKSON, 24 Julai– Peruntukan pertahanan negara meningkat 35 peratus berbanding 2022, peningkatan tertinggi pernah diberikan bagi memperkukuh kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
- Kerajaan memberi keutamaan kepada pertahanan sebagai komitmen memastikan kesiapsiagaan negara.
- Langkah tersebut penting untuk menghadapi perubahan landskap keselamatan serantau dan global.
- Perolehan mengambil kira keperluan aset serta kelengkapan berdasarkan kepakaran setiap cabang ATM.
- Semua perolehan mesti telus, berintegriti dan bebas ketirisan; ATM diberi ruang menentukan aset operasi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peningkatan itu mencerminkan komitmen kerajaan dalam memastikan aspek pertahanan negara terus diberi keutamaan.
Menurut beliau, langkah itu juga penting bagi menghadapi perubahan landskap keselamatan di peringkat serantau dan global.
Beliau berkata, peningkatan peruntukan itu mengambil kira keperluan aset serta kelengkapan pertahanan yang ditentukan berdasarkan kepakaran setiap cabang perkhidmatan ATM.
Jelas beliau, kerajaan memberi ruang kepada ATM menentukan aset yang benar-benar diperlukan mengikut keperluan operasi dan keselamatan negara.
Pada masa sama, beliau menegaskan setiap perolehan mesti dilaksanakan secara telus, berintegriti dan bebas daripada sebarang amalan yang boleh menyebabkan ketirisan wang negara.
“Saya tak pernah campur nak beli apa. Bukanlah kepakaran saya,” kata beliau.
Datuk Seri Anwar berkata demikian ketika berucap pada Program Semarak Kenegaraan yang diadakan bersempena sambutan Hari Pahlawan.
Beliau turut mengingatkan warga pertahanan supaya terus melaksanakan amanah dengan disiplin dan integriti demi mempertahankan keamanan serta kedaulatan negara.