Serangan sekatan keselamatan: Lima anggota keselamatan Thailand terbunuh

Penyerang melepaskan tembakan dan membaling bom paip / Foto AFP

NARATHIWAT, 23 Julai – Lima anggota pasukan keselamatan terbunuh manakala enam orang awam termasuk dua kanak-kanak cedera dalam serangan sekatan keselamatan di selatan Thailand.

RINGKASAN BERITA AI
  • Serangan dilakukan oleh 10 penyerang menggunakan trak pikap dan motosikal menyerang Pos Kawalan Buketa Sami.
  • Penyerang melepaskan tembakan dan membaling bom paip ke arah anggota Pasukan Renjer Rejimen 45.
  • Penyerang melarikan tiga laras raifal AK-47, tiga jaket kalis peluru dan beberapa telefon bimbit sebelum melarikan diri.
  • Perdana Menteri Anutin mengutuk serangan, menyifatkan ia menghalang usaha damai; tiada kumpulan menuntut tanggungjawab.

Markas Operasi Keselamatan Dalam Negeri (ISOC) memberitahu 10 penyerang menggunakan sebuah trak pikap serta motosikal sebelum melancarkan serangan ke atas Pos Kawalan Buketa Sami.

“Penyerang melepaskan tembakan dan membaling bom paip ke arah anggota Pasukan Renjer Rejimen 45 yang sedang bertugas.

“Kumpulan penyerang turut melarikan tiga laras raifal AK-47, tiga jaket kalis peluru dan beberapa telefon bimbit sebelum melarikan diri.

“Kesemua mereka yang terbunuh disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala mereka yang cedera kini menerima rawatan di hospital,”menurut kenyataan.

Sementara itu, Perdana Menteri, Anutin Charnvirakul mengutuk serangan berkenaan sambil menyifatkan tindakan itu menghalang usaha damai di wilayah berkenaan.

Setakat ini, tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab terhadap serangan berkenaan.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.