Lelaki ditemukan meninggal dunia selepas ketukan pintu tidak berbalas

Jerome Ringid, 50 tahun ditemukan meninggal dunia di dalam rumahnya di Kampung Tabong, Singai, Bau

BAU, 21 Julai – Ketukan pintu tidak berbalas, terjawab selepas jasad seorang lelaki ditemukan tidak bernyawa di dalam rumahnya di Kampung Tabong, Singai, di sini pada petang Isnin.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mangsa dikenal pasti sebagai Jerome Ringid, 50 tahun.
  • Adiknya menemui mayat selepas melihat lampu motosikal masih menyala.
  • Polis percaya mangsa mati lebih 24 jam, tiada unsur jenayah; mayat dihantar untuk bedah siasat, kes diklasifikasikan mati mengejut.

Ketua Polis Daerah Bau, Pemangku Superintenden Mohd Haide A. Rahman dalam kenyataan memaklumkan mangsa dikenal pasti sebagai Jerome Ringid, 50 tahun.

“Kematiannya diketahui selepas adiknya melawat rumah mangsa sekitar tengah hari Isnin apabila dimaklumkan kakak iparnya berkenaan lampu motosikal mangsa masih menyala.

“Khuatir dengan situasi itu beliau telah pergi memeriksa rumah abangnya dan mendapati mangsa telah meninggal dunia,” menurut kenyataan itu.

Polis percaya mangsa telah mati lebih dari 24 jam berdasarkan keadaan mayat yang telah bertukar biru.

Siasatan awal mendapati tiada unsur-unsur jenayah ditemukan ke atas badan mangsa. Mayat telah dihantar ke hospital Bau untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.