PGA rampas seekor ayam sabung, 63 helai jersi

Seekor ayam sabung dan 63 helai baju jersi dipercayai diseludup/Foto PGA Briged Tenggara

Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas seekor ayam sabung dan 63 helai baju jersi yang disyaki diseludup dari Thailand, semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Rampasan menerusi Op Taring Wawasan dianggarkan bernilai RM14,835.
  • Anggota PGA mengesan seorang lelaki memunggah kotak dan bungkusan plastik di tebing sungai sekitar pukul 7 malam.
  • Suspek melarikan diri dengan perahu ke arah Thailand; kes dirujuk kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia Cawangan Rantau Panjang.

Rampasan menerusi Op Taring Wawasan itu dianggarkan bernilai RM14,835.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner (SAC) Ahmad Radzi Hussain berkata, kira-kira pukul 7 malam anggota PGA mengesan seorang lelaki sedang memunggah sebuah kotak dan bungkusan plastik ke tebing sungai.

“Hasil pemeriksaan menemukan seekor ayam sabung di dalam kotak bertulisan Thailand serta 63 helai baju jersi di dalam bungkusan plastik yang ditinggalkan suspek.

“Anggota menunggu kira-kira 30 minit di lokasi, namun tiada individu tampil menuntut barangan berkenaan sebelum ia dirampas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun katanya, suspek berjaya melarikan diri menggunakan perahu ke arah Thailand dan gagal dikesan.

Kes telah dirujuk kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Cawangan Rantau Panjang untuk tindakan lanjut.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.