Banjir di Melaka semakin pulih, hanya satu PPS masih beroperasi

42 penduduk terjejas banjir masih berada di PPS SK Tehel / Foto BERNAMA

JASIN, 13 Julai – Situasi banjir di Melaka semakin pulih dengan hanya satu Pusat Pemindahan Sementara (PPS), masih beroperasui yang menempatkan 42 penduduk terjejas daripada 11 keluarga.

RINGKASAN BERITA AI
  • Portal Info Bencana JKM mengesahkan semua penduduk terjejas berada di PPS SK Tehel setakat 5 petang.
  • Jumlah penghuni di PPS berkurangan berbanding keadaan 8 pagi tadi.
  • PPS yang beroperasi pada awal pagi ialah Balai Raya Kampung Jeram, Alor Gajah, dan SK Tehel, Jasin.
  • Laporan menunjukkan pengurangan pusat pemindahan beroperasi sepanjang hari.

Menurut Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), setakat 5 petang, kesemua penduduk terjejas masih berada di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tehel.

Angka berkenaan berkurangan berbanding 8 pagi tadi dengan dua PPS masih beroperasi iaitu di PPS Balai Raya Kampung Jeram, Alor Gajah dan SK Tehel, Jasin.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.