Tottenham sah tandatangani Tonali dari Newcastle

Sandro Tonali/ AFP

LONDON, 6 Julai- Tottenham Hotspur mengumumkan penandatanganan pemain tengah Itali, Sandro Tonali dari Newcastle United dalam perjanjian dilaporkan bernilai sehingga £100 juta, sekali gus menjadikannya antara perpindahan termahal kelab Liga Perdana Inggeris itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tonali menandatangani kontrak tiga tahun dengan Tottenham selepas berbincang panjang dengan jurulatih Roberto De Zerbi mengenai hala tuju dan corak permainan.
  • De Zerbi menyifatkan Tonali sebagai pemain istimewa dan pembelian penting bagi memperkuat pasukan.
  • Beliau pernah menyertai Newcastle dari AC Milan, membuat 110 penampilan dan membantu menjuarai Piala Liga Inggeris.
  • Kerjaya Tonali turut tercalar selepas penggantungan 10 bulan berkaitan kes pertaruhan bola sepak.

Pemain berusia 26 tahun itu menandatangani kontrak tiga tahun dengan kelab London Utara berkenaan, menurut laporan media United Kingdom yang memaklumkan yuran perpindahan awal adalah £92.5 juta dengan tambahan bonus £7.5 juta.

Tonali berkata beliau gembira menyertai Tottenham selepas berbincang panjang dengan ketua jurulatih kelab, Roberto De Zerbi, mengenai hala tuju pasukan, penyokong dan stadium.

“Saya sangat gembira berada di sini. Perbualan dengan jurulatih hampir dua jam mengenai kelab, penyokong, stadium dan corak permainan membuatkan saya terus yakin untuk menandatangani Tottenham,” katanya menerusi laman rasmi kelab.

De Zerbi menyifatkan Tonali sebagai pemain istimewa dan pembelian penting untuk kelab itu.

Tonali menyertai Newcastle pada 2023 dari AC Milan dan telah membuat 110 penampilan bersama kelab itu, termasuk membantu mereka menjuarai Piala Liga Inggeris, kejuaraan utama pertama kelab dalam tempoh 70 tahun.

Bagaimanapun, kariernya di St James’ Park pernah terjejas akibat penggantungan 10 bulan di seluruh dunia kerana kesalahan berkaitan aktiviti pertaruhan bola sepak ketika bermain di Itali.

Tottenham kini giat memperkukuh skuad selepas musim lalu hampir tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris dengan beberapa pembelian besar turut dilakukan pada jendela perpindahan kali ini. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.