Rodroguez jamin tiada gangguan sosial selepas gempa bumi Venezuela

Gempa bumi berkembar di Venezuela pada 24 Jun menyebabkan lebih 3,000 kematian manakala lebih 16,000 orang cedera – Foto AFP

CARACAS, 6 Julai – Venezuela tidak akan terjerumus ke dalam pergolakan sosial susulan gempa bumi kuat yang mengorbankan lebih 3,000 nyawa dan menyebabkan ribuan lagi hilang.

RINGKASAN BERITA AI
  • Presiden interim Delcy Rodriguez tegas tiada gangguan sosial; negara menunjukkan solidariti sosial yang mendalam.
  • Banyak rakyat marah, menganggap tindak balas kerajaan yang disokong AS tidak mencukupi sebelum pasukan antarabangsa tiba.
  • Rodriguez mempertahankan tindakan kerajaan; ribuan pegawai awam dan pasukan penyelamat dikerahkan untuk mengeluarkan mangsa dan mencari yang hidup.
  • Selepas 12 hari, pasukan penyelamat antarabangsa mula menamatkan operasi mencari hidup; keluarga masih cuba mengeluarkan mayat dari runtuhan.

Perkara itu ditegaskan Presiden interim Venezuela, Delcy Rodriguez.

“Tidak akan ada gangguan sosial di sini (Venezuela). Yang ada ialah solidariti sosial yang mendalam,” kataRodriguez semasa berucap dalam upacara ketenteraan sempena hari kemerdekaan negara itu.

Ramai rakyat Venezuela bagaimanapun meluahkan kemarahan dengan menyifatkan respons kerajaan yang disokong Amerika Syarikat sebagai tidak mencukupi sebelum pasukan antarabangsa tiba.

Namun, Rodriguez mempertahankan tindak balas kerajaan dengan menyatakan ribuan pegawai awam dan pasukan penyelamat telah dikerahkan untuk membantu mengeluarkan mangsa serta mencari mereka yang masih hidup.

Selepas 12 hari gempa berkembar itu, pasukan penyelamat antarabangsa kini mula menamatkan operasi mencari mangsa hidup, manakala keluarga masih berusaha mengeluarkan mayat orang tersayang dari runtuhan.

Gegaran pada 24 Jun lepas antara bencana gempa paling buruk di Amerika Latin, meruntuhkan puluhan bangunan dan menyebabkan ribuan penduduk kehilangan tempat tinggal, khususnya di kawasan pesisir La Guaira di utara ibu kota Caracas. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.