Presiden Myanmar adakan lawatan rasmi ke Laos

Presiden Myanmar Min Aung Hlaing (kanan) dan Presiden Laos Thongloun Sisoulith (kiri) memeriksa barisan kehormat semasa majlis menyambut tetamu di Vientiane/ AFP

VIENTIANE, 4 Julai – Ketua junta yang kini menjadi Presiden Myanmar, Min Aung Hlaing, mengadakan lawatan rasmi ke Laos pada Jumaat, lapor media kerajaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kunjungan pertamanya ke sebuah negara anggota ASEAN sejak mengambil alih jawatan presiden dalam pentadbiran awam.
  • Lawatan diadakan kira-kira empat bulan selepas beliau beralih dari ketua kerajaan tentera kepada presiden, sebelum itu melawat India dan China.
  • Pilihan raya Disember dan Januari lalu tidak diiktiraf ASEAN kerana tidak melibatkan kumpulan pembangkang utama dan dimenangi parti disokong tentera.
  • Beliau mengambil alih kuasa melalui rampasan kuasa 2021 yang menggulingkan Aung San Suu Kyi dan mencetuskan perang saudara yang masih berlarutan.

Ia sekali gus menjadi kunjungan pertamanya ke sebuah negara anggota ASEAN sejak mengambil alih jawatan sebagai presiden dalam pentadbiran awam.

Lawatan itu diadakan kira-kira empat bulan selepas Min Aung Hlaing beralih daripada ketua kerajaan tentera kepada presiden. Sebelum ini, beliau telah mengadakan lawatan ke negara jiran Myanmar iaitu India dan China.

Pilihan raya Myanmar pada Disember dan Januari lalu tidak diiktiraf ASEAN kerana tidak melibatkan kumpulan pembangkang utama dan dimenangi parti yang disokong tentera.

Namun, ASEAN dilihat meningkatkan hubungan dengan Myanmar selepas pilihan raya itu, termasuk diplomat tertinggi Thailand, Sihasak Phuangketkeow, telah mengadakan lawatan ke ibu negara Myanmar, Naypyitaw.

Min Aung Hlaing mengambil alih kuasa menerusi rampasan kuasa pada 2021 yang menggulingkan kerajaan pimpinan Aung San Suu Kyi, sekali gus mencetuskan perang saudara yang masih berlarutan.-REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.