VAR ‘membunuh’ kegembiraan dalam bola sepak – Zlatko Dalic

Jaringan Josko Gvardiol dinafikan pada saat-saat akhir ketika menentang Portugal selepas semakan VAR – Foto AFP

TORONTO, 3 Julai – Jurulatih Croatia, Zlatko Dalic menyifatkan Video Bantuan Pengadil (VAR) menghilangkan kegembiraan dalam bola sepak selepas gol penyamaan pasukannya pada masa kecederaan dinafikan dalam kekalahan 1-2 kepada Portugal pada aksi Piala Dunia FIFA 2026 pada Khamis.

RINGKASAN BERITA AI
  • Gvardiol menjaringkan gol penyamaan pada masa kecederaan, tetapi ia dibatalkan selepas VAR mengesan sentuhan Matanovic menyebabkan Pasalic berada dalam kedudukan ofsaid.
  • Dalic berkata VAR menghilangkan emosi dan kegembiraan permainan walau membantu dalam keadaan tertentu, sukar diterima oleh pemain dan penyokong.
  • Teknologi 'connected ball' cip dalam bola digunakan, mengesahkan sentuhan kecil yang menentukan sama ada gol sah atau dibatalkan.
  • Roberto Martinez menegaskan keputusan jelas berdasarkan data cip, tiada tafsiran subjektif dan teknologi membantu walaupun mengecewakan pihak kalah.

Pemain Crotia menyangka mereka berjaya menyamakan kedudukan secara dramatik apabila Josko Gvardiol menolak masuk bola pada minit ke-13 masa kecederaan.

Bagaimanapun, jaringan itu dibatalkan selepas semakan VAR apabila cip yang dipasang dalam bola mengesan bola sedikit terkena penyerang Croatia, Igor Matanovic ketika Mario Pasalic berada dalam kedudukan ofsaid.

Ketika ditanya sama ada penggunaan teknologi dan VAR dalam bola sepak sudah melampaui batas, Dalic bersetuju.

“Anda dapat lihat bagaimana emosi dalam permainan ini benar-benar hilang. Keputusan seperti ini menghilangkan kegembiraan dalam bola sepak,” katanya pada sidang media.

“Saya tidak mengatakan VAR tidak membantu dalam keadaan tertentu, tetapi ia membunuh emosi, menghilangkan segala perasaan ketika menikmati permainan dan bukan mudah untuk menerimanya,” tambahnya lagi.

Teknologi ‘connected ball‘ yang menggunakan cip dalam bola untuk membantu membuat keputusan itu turut digunakan semasa perlawanan peringkat kumpulan antara Sweden dengan Tunisia bulan lalu.

Dalam perlawanan itu, jaringan Mattias Svanberg pada mulanya dibatalkan kerana ofsaid sebelum VAR membenarkannya selepas mengesahkan bola terlebih dahulu terkena sedikit sentuhan rakan sepasukannya, Alexander Isak, sekali gus meletakkan Svanberg dalam kedudukan sah.

Sementara itu, jurulatih Portugal, Roberto Martinez, menegaskan tiada sebarang pertikaian mengenai keputusan membatalkan jaringan Croatia.

“Mesejnya sangat jelas. Bola kini dilengkapi cip dan data menunjukkan terdapat sentuhan daripada Matanovic ketika Pasalic berada dalam kedudukan ofsaid.”

“Tiada unsur tafsiran subjektif. Memang mengecewakan apabila satu pasukan terpaksa tewas, tetapi tiada keputusan yang salah atau tidak adil. Keputusan itu jelas dan teknologi telah membantu,” katanya. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.