
MEXICO CITY, 1 Julai – Monumen Angel of Independence bertukar menjadi ‘lautan hijau’ apabila ribuan penyokong Mexico meraikan kejayaan pasukan kebangsaan mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia FIFA 2026.
- Mexico menang 2-0 ke atas Ecuador, disambut sorakan, trompet dan kibaran Jalur Mexico.
- Skuad Javier Aguirre kini rekod sempurna: empat kemenangan berturut-turut tanpa bolos.
- Kemenangan itu menamatkan 40 tahun penantian Mexico untuk kemenangan peringkat kalah mati Piala Dunia.
- Mexico akan berdepan England atau Republik Demokratik Congo di Stadium Azteca, aksi terakhir venue itu dalam Piala Dunia 2026.
Kemenangan 2-0 ke atas Ecuador disambut dengan sorakan, tiupan trompet dan kibaran Jalur Mexico yang memenuhi ruang sekitar monumen bersejarah itu.
Skuad kendalian Javier Aguirre kini membawa rekod sempurna empat kemenangan berturut-turut tanpa bolos.
Kemenangan itu menamatkan penantian 40 tahun Mexico untuk meraih kemenangan di peringkat kalah mati Piala Dunia, sejak kali terakhir menewaskan Bulgaria pada edisi 1986 di laman sendiri.
Walaupun perlawanan mula ditangguhkan hampir sejam akibat ribut petir, lebih 80,000 penyokong tetap memenuhi lokasi tayangan skrin gergasi.
Mexico kini akan berdepan England atau Republik Demokratik Congo pada pusingan 16 terbaik, dengan perlawanan dijadual berlangsung di Stadium Azteca, yang turut menjadi aksi terakhir venue ikonik itu dalam Piala Dunia 2026. – REUTERS