Penyokong Jepun dipuji kutip sampah walau tersingkir

Budaya mengutip sampah kekal menjadi identiti penyokong Jepun/Foto REUTERS

HOUSTON, 1 Julai – Penyokong Jepun sekali lagi mencuri perhatian dunia apabila kekal mengutip sampah di Stadium Houston selepas pasukan mereka tewas 1-2 kepada Brazil dalam aksi pusingan 32 terbaik Piala Dunia FIFA 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penyokong Jepun bergotong-royong mengutip sampah di kawasan tempat duduk sebagai tanda hormat dan menjaga kebersihan.
  • Amalan mengutip sampah itu sudah menjadi budaya penyokong Jepun sejak Piala Dunia 1998.
  • Tindakan mereka menerima pujian dunia sebagai contoh semangat kesukanan dan disiplin yang patut dicontohi.

Walaupun kecewa dengan kekalahan dramatik itu susulan jaringan kemenangan Gabriel Martinelli pada masa kecederaan, ribuan penyokong Jepun tidak terus meninggalkan stadium.

Sebaliknya, mereka bergotong-royong mengutip sampah di kawasan tempat duduk masing-masing sebagai tanda menghormati tuan rumah dan menjaga kebersihan stadium.

Amalan berkenaan bukan sesuatu yang baharu, sebaliknya telah menjadi budaya penyokong Jepun sejak Piala Dunia 1998.

Tindakan itu sekali lagi menerima pujian daripada peminat bola sepak di seluruh dunia yang menyifatkannya sebagai contoh semangat kesukanan serta disiplin yang wajar dicontohi.

Jepun tersingkir daripada saingan selepas Brazil meraih kemenangan 2-1 hasil jaringan lewat Martinelli, sekali gus mengakhiri kempen Samurai Blue di Piala Dunia 2026. – REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.