Tiada tarikh tutup permohonan subsidi diesel melalui BUDI Diesel

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan./Foto BERNAMA

KUCHING, 24 Jun – Tiada sebarang tempoh masa ditetapkan bagi permohonan subsidi diesel menerusi program BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel).

RINGKASAN BERITA AI
  • Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata program memastikan pemilik kenderaan diesel yang layak dapat menikmati manfaat.
  • Pemilik yang baru memenuhi syarat boleh memohon apabila mereka mencapai kelayakan.
  • Permohonan tambahan 100 liter sebulan boleh dibuat melalui laman web rasmi BUDI MADANI.
  • Permohonan fizikal boleh dikemukakan di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri termasuk di Pusat Transformasi Bandar UTC.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata langkah itu bagi memastikan semua pemilik kenderaan diesel yang layak, benar-benar dapat menikmati manfaat berkenaan.

Menerusi pendekatan itu, pemilik kenderaan yang baru memenuhi syarat kelayakan boleh membuat permohonan pada bila-bila masa tanpa terikat dengan tarikh tutup.

“Hari ini mungkin seseorang itu tidak memiliki kenderaan diesel, tetapi bulan depan dia membeli pikap atau kenderaan pacuan empat roda. Jadi, apabila dia layak, dia boleh terus memohon,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sidang Media Majlis Pelaksanaan BUDI Diesel di sini, hari ini.

Permohonan tambahan 100 liter sebulan boleh dibuat melalui laman sesawang rasmi BUDI MADANI.

Permohonan secara fizikal pula boleh dikemukakan di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) termasuk di Pusat Transformasi Bandar (UTC).

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.