Serangan siber ganggu operasi beberapa bank utama Iran

Serangan siber menyebabkan gangguan akses terhadap perbankan dalam talian dan mudah alih, mesin juruwang automatik (ATM), terminal pembayaran (POS) serta beberapa perkhidmatan kad / foto Reuters

TEHRAN, 14 Jun – Serangan siber menyebabkan gangguan sistem di beberapa bank utama Iran pada Sabtu, termasuk Bank Melli Iran, Bank Saderat Iran dan Bank Tejarat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Gangguan akses kepada perbankan dalam talian dan mudah alih, ATM, terminal pembayaran POS serta beberapa perkhidmatan kad.
  • Siasatan teknikal mengesahkan gangguan berpunca daripada serangan siber berskala terhad.
  • Pasukan teknikal bank mengambil langkah pencegahan segera untuk melindungi data pelanggan dan infrastruktur perbankan.
  • Kerja pembaikan telah dilaksanakan dan bank menegaskan tiada data pelanggan diakses tanpa kebenaran serta tiada kebocoran maklumat.

Menurut Setiausaha Jawatankuasa Penyelarasan Bank Milik Kerajaan Iran, Qatasi, insiden itu menyebabkan pelanggan berdepan gangguan akses terhadap perbankan dalam talian dan mudah alih, mesin juruwang automatik (ATM), terminal pembayaran (POS) serta beberapa perkhidmatan kad.

“Siasatan teknikal mengesahkan bahawa gangguan tersebut berpunca daripada serangan siber berskala terhad,” katanya.

Bank-bank terlibat memaklumkan pasukan teknikal mereka segera mengambil langkah pencegahan sebaik sahaja anomali dikesan bagi melindungi data pelanggan serta infrastruktur perbankan.

“Kerja-kerja pembaikan perlu telah dilaksanakan bagi memulihkan sistem yang terjejas,” tambah Qatasi.

Pihak bank turut menegaskan setakat ini tiada data pelanggan diakses tanpa kebenaran dan tiada kebocoran maklumat berlaku. – REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.