
JOHOR BAHRU, 4 Jun – Seorang warga Indonesia, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan membunuh seorang warga tempatan, di sebuah pangsapuri di Jalan Dato Sulainan, bulan lepas.
RINGKASAN BERITA AI
- Pertuduhan dibacakan terhadap Fajar Ali, 29, di hadapan Majistret Atifah Hazimah Wahab.
- Tertuduh didakwa menyebabkan kematian Mohammad Sallehen Mohd Safri, 33 tahun.
- Perbuatan didakwa berlaku pada pukul 7 pagi, 12 Mei.
- Sebutan semula pada 8 September untuk serahan laporan kimia dan bedah siasat; jaminan tidak dibenarkan kerana Seksyen 302.
Pertuduhan dibacakan terhadap, Fajar Ali, 29 tahun di hadapan Majistret Atifah Hazimah Wahab.
Mengikut pertuduhan, warga Indonesia itu melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian terhadap Mohammad Sallehen Mohd Safri, 33 tahun.
Perbuatan dilakukan pada pukul 7 pagi pada 12 Mei lepas.
Sebutan semula kes ditetapkan pada 8 September ini bagi serahan laporan kimia serta bedah siasat.
Tertuduh tidak dibenarkan jaminan memandangkan kes dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.