
KUALA LUMPUR, 3 Jun – Kerjasama strategik antara kerajaan, syarikat utiliti, pemaju serta institusi kewangan, penting untuk membuka peluang baharu dan mempercepat peralihan tenaga skala besar.
- Penekanan tindakan kolektif untuk memajukan agenda kemampanan negara.
- ETCon26 memperkuat komitmen Malaysia mempercepat peralihan tenaga ke arah masa depan tenaga lebih mampan.
- Setiap fasa pembangunan, dari bekalan elektrik luar bandar hingga transformasi digital, penting untuk kesinambungan dan pertumbuhan mampan.
- Malaysia kini memiliki kapasiti tenaga boleh baharu terpasang melebihi 13.3 gigawatt, dengan tenaga solar berkembang pesat.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan, usaha itu menekankan kepentingan tindakan kolektif bagi memajukan agenda kemampanan negara.
“Persidangan Peralihan Tenaga 2026 (ETCon26) komitmen kukuh Malaysia mempercepat peralihan tenaga yang jelas ketika Malaysia mempertingkat usaha ke arah masa depan tenaga yang lebih mampan.
“Setiap fasa penting dalam pembangunan negara daripada program bekalan elektrik luar bandar dan perindustrian sehingga transformasi digital,”katanya ketika berucap pada persidangan itu.
Malaysia juga, berjaya mencapai kapasiti tenaga boleh baharu terpasang melebihi 13.3 gigawatt setakat tahun lepas dengan tenaga solar menyumbang bahagian yang berkembang pesat.