Bekas Ketua Pengarah RD Tan Sri Ahmad Mohd Yusof meninggal dunia

Allahyarham Tan Sri Datuk Ahmad Mohd Yusof

KUALA LUMPUR, 31 Mei – Bekas Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Datuk Ahmad Mohd Yusof atau lebih dikenali sebagai Tan Sri Bung, meninggal dunia awal pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Jenazah dibawa ke Masjid Saidina Umar al-Khattab, Bukit Damansara untuk pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Zuhur.
  • Menyumbang kepada perkembangan keselamatan dan kepentingan strategik Malaysia sejak 1964, termasuk era konfrontasi Malaysia-Indonesia.
  • Berperanan penting dalam operasi rundingan dan perdamaian antara Malaysia dan Indonesia serta dihormati dalam konteks geopolitik serantau.
  • Menjawat Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan selama 20 tahun dari 12 Jun 1972 hingga 12 Jun 1992.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 12.25 pagi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) hari ini.

“Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Saidina Umar al-Khattab, Bukit Damansara untuk urusan pengebumian sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Zuhur,” menurut perkongsian isterinya.

Allahyarham merupakan pegawai kanan kerajaan yang banyak menyumbang kepada perkembangan keselamatan dan kepentingan strategik Malaysia sejak 1964 termasuk ketika era konfrontasi Malaysia-Indonesia.

Beliau turut memainkan peranan penting dalam operasi rundingan dan perdamaian antara Malaysia dan Indonesia selain dihormati di peringkat serantau berkaitan geopolitik serta konflik negara ASEAN.

“Kepimpinan dalam Bahagian Penyelidikan terserlah di peringkat serantau dan dihormati khususnya dalam konteks geopolitik dan konflik yang berlaku di beberapa kawasan dalam negara ASEAN,” tambah perkongsian itu.

Allahyarham mula menjadi Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan pada usia 37 tahun bermula 12 Jun 1972 sehingga 12 Jun 1992 selama 20 tahun.

Sepanjang tempoh perkhidmatan, Allahyarham turut bekerjasama dengan beberapa tokoh keselamatan negara termasuk Tun Muhammad Ghazali Shafie, Tun Mohammed Hanif Omar, Tun Ibrahim Ismail dan Tan Sri Ghazali Mohd Seth.

Sumbangan Allahyarham dalam memperkukuh semangat persekutuan dan keutuhan wilayah Malaysia disifatkan amat penting khususnya sepanjang 30 tahun pertama penubuhan Malaysia pada 1963.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.