Program SAFE tingkat kewaspadaan rakyat terhadap penipuan digital

Foto Facebook Datuk Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 30 Mei – Program Be Smart, Avoid Scam: Scam Awareness For Everyone (SAFE) dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai taktik penipuan digital semasa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Program membantu orang ramai melindungi diri di alam siber dan mengurus kewangan dengan lebih selamat.
  • Scammer semakin licik, sesiapa boleh menjadi mangsa jika tidak sentiasa berwaspada.
  • Orang ramai diingatkan untuk menghubungi talian 997 segera jika menjadi mangsa penipuan.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menerusi hantaran Facebook memaklumkan, program berkenaan turut membantu orang ramai melindungi diri di alam siber dan mengurus kewangan dengan lebih selamat.

Scammer hari ini semakin licik, dan sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa jika tidak sentiasa berwaspada.

“Semoga lebih ramai mendapat manfaat daripada usaha seperti ini, seterusnya lebih bersedia untuk melindungi diri dan keluarga daripada ancaman scammer,” menurut hantaran itu.

Dalam pada itu Datuk Fahmi turut mengingatkan orang ramai untuk menghubungi talian 997 dengan segera sekiranya menjadi mangsa penipuan.

Terdahulu, beliau menghadiri program SAFE anjuran bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Majlis Perwakilan Penduduk Subzon 2 Lembah Pantai di Dewan Persatuan Gujerati, Bangsar Park di ibu negara.

Program itu melibatkan kira-kira 120 peserta yang terdiri daripada warga emas dan penduduk sekitar Bangsar.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.