5,000 bungkus daging korban diagih di Parlimen Kangar

Program Korban dan Infak UMNO Bahagian Kangar bersama komuniti Kampung Binjal, Utan Aji

KANGAR, 28 Mei – Sebanyak 5,000 bungkus daging korban berjaya diagihkan kepada golongan memerlukan di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Parlimen Kangar.

RINGKASAN BERITA AI
  • Program diketuai Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya bersama Yayasan Khayr Ummah Antarabangsa, Al Khairi Qurban dan Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis.
  • Sebanyak 16 ekor lembu disumbangkan bersempena sambutan Aidiladha.
  • Ibadah korban mengeratkan ukhuwah dan perpaduan, dengan urusan penyembelihan, pembungkusan dan pengagihan dilakukan oleh petugas komuniti.

Pengerusi Yayasan Khayr Ummah Antarabangsa (IKAF), Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya berkata, inisiatif itu dijayakan yayasan itu dengan Al Khairi Qurban dan Aqiqah serta Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis.

Sebanyak 16 ekor lembu disumbangkan untuk Parlimen Kangar bersempena dengan sambutan Aidiladha.

“Jumlah agihan pada tahun ini bertambah berbanding tahun sebelumnya. Sambutan Aidiladha tahun ini dapat diraikan dalam suasana harmoni, sederhana dan penuh kesyukuran.

“Dengan pelaksanaan ibadah korban ini juga
sebagai tanda ingatan, mengeratkan ukhwah serta perpaduan antara masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita ketika mengetuai Program Korban dan Infak UMNO Bahagian Kangar bersama komuniti Kampung Binjal, Utan Aji di sini.

Urusan penyelarasan, penyembelihan, melapah, pembungkusan dan pengagihan kepada masyarakat melibatkan petugas di kesemua lima kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Parlimen Kangar.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.