Bangladesh siasat kematian enam bayi di hospital Dhaka

Seorang ahli keluarga membawa jasad seorang bayi baru lahir yang meninggal dunia di Hospital Ad-Din di Dhaka pada Rabu/AFP

DHAKA, 27 Mei- Pihak berkuasa Bangladesh menjalankan siasatan berhubung kematian enam bayi baru lahir di sebuah hospital di negara itu pada Rabu selepas sistem penyaman udara di wad berkenaan dilaporkan tidak berfungsi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pengarah hospital mengesahkan siasatan sedang dijalankan untuk menentukan punca kematian bayi-bayi itu.
  • Ketua jabatan kesihatan berkata sistem penyaman udara wad tidak berfungsi pada awal pagi dan tiada pengudaraan alternatif.
  • Siasatan awal tidak menunjukkan unsur penganiayaan dan pihak berkuasa menyiasat kemungkinan kerosakan teknikal peralatan elektrik.

Bayi berusia antara satu hingga tiga hari itu dilaporkan meninggal dunia di Hospital Ad-Din, sebuah fasiliti swasta di Dhaka.

Pengarah hospital, Nahida Yasmin berkata siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian tersebut.

“Siasatan sedang dijalankan dan kami memerlukan sedikit masa untuk menentukan punca kematian bayi-bayi ini,” katanya kepada media.

Ketua jabatan kesihatan kerajaan, Prabhat Chandra Biswas memaklumkan sistem penyaman udara di wad berkenaan tidak berfungsi pada awal pagi ketika suhu di Dhaka sekitar 32 darjah celsius.

“Tiada pengudaraan alternatif apabila penghawa dingin dimatikan,” katanya sambil menyifatkan keadaan di dalam wad sebagai sesak.

Jurucakap jabatan kesihatan, Zahid Raihan pula berkata siasatan awal tidak menunjukkan unsur penganiayaan sebagai punca kematian.

Sementara itu, pihak berkuasa turut menyiasat kemungkinan kerosakan teknikal pada sistem penyaman udara atau peralatan elektrik di wad tersebut. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.