
Kuantan musnah akibat kebakaran
KUANTAN, 26 Mei – Bahagian bumbung dewan perhimpunan di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuantan di sini musnah sepenuhnya akibat kebakaran, tengah hari tadi.
- Pasukan BBP Kuantan dikejarkan selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.07 tengah hari.
- Tiada mangsa kerana semua pelajar bercuti; kebakaran berjaya dikawal pada pukul 1.56 tengah hari.
- Operasi dibantu BBP Indera Mahkota dengan lima pegawai, 21 anggota dan beberapa jentera; punca serta kerugian disiasat Bahagian Forensik Kebakaran JBPM.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Datuk Mohd Razam Taja Rahim dalam kenyataan memaklumkan, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan bersama jentera segera ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.07 tengah hari.
“Ketika tiba di lokasi kejadian, didapati bahagian bumbung dewan perhimpunan berkeluasan kira-kira 80 x 60 kaki terbakar.
“Kejadian berkenaan tidak melibatkan mangsa memandangkan semua pelajar sedang bercuti. Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 1.56 tengah hari,” menurut kenyataan itu.
Operasi berkenaan turut dibantu BBP Indera Mahkota melibatkan jumlah keseluruhan seramai lima pegawai dan 21 anggota dengan kekuatan logistik terdiri daripada Jentera Sitrak, CFRT, dua tangki air, sebuah pacuan empat roda dan sebuah Fire Rescue Tender (FRT) bantuan.
Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan Bahagian Forensik Kebakaran JBPM.