Semua aktivis flotila dibebaskan Israel menjelang pengusiran – Adalah

Gambar fail / AFP

ISTANBUL, 21 Mei – Semua aktivis yang ditahan daripada Global Sumud Flotilla dan Gabungan Flotila Kebebasan yang menuju ke Gaza dibebaskan dari Penjara Ktziot menjelang pengusiran mereka, menurut kumpulan hak asasi manusia, Adalah hari ini, lapor Anadolu Ajansi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Adalah menerima pengesahan rasmi daripada Perkhidmatan Penjara Israel dan pegawai kerajaan mengenai pemindahan aktivis untuk tujuan pengusiran.
  • Kebanyakan peserta sedang dipindahkan ke Lapangan Terbang Ramon untuk diterbangkan keluar dari Israel.
  • Pasukan guaman Adalah memantau proses pemindahan bagi memastikan penghantaran pulang selamat dan tanpa kelewatan.
  • Perkembangan dilaporkan oleh Anadolu Ajansi dan disiarkan semula melalui BERNAMA.

Dalam satu kenyataan, Adalah berkata, pihaknya menerima “pengesahan rasmi” daripada Perkhidmatan Penjara Israel dan pegawai kerajaan bahawa semua aktivis yang ditahan di pusat tahanan itu dibebaskan dan sedang dipindahkan untuk tujuan pengusiran.

“Kebanyakan peserta sedang dipindahkan ke Lapangan Terbang Ramon untuk diterbangkan keluar dari Israel,” menurut kumpulan itu.

Menurut Adalah, pasukan guamannya sedang memantau secara aktif proses pemindahan bagi memastikan semua aktivis dihantar pulang dengan selamat dan sepenuhnya tanpa sebarang kelewatan lanjut. -BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.