Regu Malaysia melangkah ke separuh akhir

Regu Malaysia menumpaskan Filipina dengan keputusan 15-9, 15-5 dalam aksi suku akhir Kejohanan Sepak Takraw Piala Dunia 2026 – Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 18 Mei – Malaysia tidak berdepan masalah untuk melangkah ke separuh akhir acara regu Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2026 selepas menumpaskan Filipina 2-0 pada aksi suku akhir di Stadium Titiwangsa di sini pada Isnin.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mohammad Syahir Mohd Rosdi, Mohamad Azlan Alias dan Farhan Adam menundukkan wakil Filipina dengan aksi bertenaga.
  • Kumpulan negara menang 15-9 pada set pertama dan 15-5 pada set kedua untuk mengesahkan tempat separuh akhir.
  • Malaysia akan bertemu Myanmar di separuh akhir; separuh akhir lain mempertemukan Thailand dan Korea Selatan.

Trio negara Mohammad Syahir Mohd Rosdi, Mohamad Azlan Alias dan Farhan Adam mudah menundukan Filipina yang dibarisi Ronsited Gabayeron, Glindel Phori serta Vince Alysson Torno.

Aksi bertenaga skuad negara dipamerkan sejak awal permainan dan menang 15-9 pada set pertama.

Set kedua menyaksikan trio negara tidak memberi peluang untuk Filipina bangkit dan melakar kemenangan 15-5 untuk mengesahkan slot di separuh akhir.

Malaysia akan bertemu Myanmar di pentas separuh akhir – Foto BERNAMA

Malaysia akan bertemu Myanmar di pentas separuh akhir selepas pasukan itu menewaskan India 2-0.

Satu lagi separuh akhir menyaksikan Thailand akan berdepan dengan Korea Selatan.

Terdahulu dalam aksi suku akhir, Thailand menang 2-0 ke atas Vietnam, manakala Korea Selatan juga menumpaskan Jepun dengan keputusan 2-0.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.