
KUALA LUMPUR, 18 Mei- Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.2 magnitud dikesan berlaku berhampiran pantai selatan Myanmar pada pukul 10.05 pagi tadi.
RINGKASAN BERITA AI
- Pusat gempa pada kedalaman 10 kilometer.
- Koordinat pusat gempa 16.4 darjah utara, 96.6 darjah timur.
- Lokasi dianggarkan sekitar 58 kilometer tenggara Rangoon, Myanmar.
- METMalaysia menyatakan tiada ancaman tsunami ke atas Malaysia berdasarkan penilaian awal.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan pusat gempa yang berlaku pada kedalaman 10 kilometer itu berada pada koordinat 16.4 darjah utara dan 96.6 darjah timur.
Lokasi gempa dilaporkan sekitar 58 kilometer tenggara dari Rangoon, Myanmar.
METMalaysia turut menyatakan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia berdasarkan penilaian awal kejadian tersebut.