
SEOUL, 11 Mei – Korea Selatan akan mengambil tindakan tegas susulan serangan ke atas kapal kargo yang dikendalikan oleh syarikat perkapalan negara itu di Selat Hormuz.
- Kerajaan menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti pihak yang menyerang kapal.
- Tindakan balas segera akan diambil sebaik punca serangan dikenal pasti.
- Analisis forensik awal mengesahkan kebakaran di bilik enjin dan pegawai kenal pasti kerosakan di pelabuhan Dubai.
Penasihat Keselamatan Negara kepada Presiden, Wi Sung-lac berkata, pihaknya sedang melakukan siasatan terperinci untuk mengenalpasti penyerang kapal tersebut.
Tegas beliau, tindakan balas segera akan diambil sebaik sahaja punca serangan dikenal pasti.
“Kami mengutuk sekeras-kerasnya serangan tersebut, kapal itu tidak melanggar sebarang peraturan yang sedang dikuatkuasa di perairan itu,” kata Sung-lac
Jelas beliau lagi, ia adalah kes serangan terhadap kapal komersial yang tidak boleh diterima.
Analisis awal forensik mendapati serangan telah menyebabkan kebakaran di bilik enjin.
Kerosakan pada kapal itu dikenal pasti dalam pemeriksaan forensik oleh pegawai dan pakar Korea Selatan di sebuah pelabuhan di Dubai.-Reuters