
KUALA LUMPUR, 3 Mei- Majlis Amanah Rakyat (MARA) disasar menjadi organisasi mandiri dan berdaya
saing dari segi kewangan menjelang ulang tahun ke-100 penubuhannya.
- Mengurangkan kebergantungan MARA terhadap dana kerajaan.
- Menjana dana dalaman melalui pelaburan dan aktiviti perniagaan sendiri untuk memperkasa Bumiputera.
- Arahan kepada Pengerusi dan pengurusan menyenaraikan syarikat MARA untuk keuntungan modal dan dividen berpulangan tinggi.
- Kerajaan optimis MARA berkembang menjadi konglomerat Bumiputera unggul dan mampan dalam semua bidang.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sasaran
itu bertujuan mengurangkan kebergantungan MARA terhadap dana kerajaan
semata-mata.
Sebaliknya, MARA mampu menjana
dana dalaman melalui pelaburan dan aktiviti perniagaan sendiri, sekali gus
terus memperkasa serta membantu golongan Bumiputera.
“Saya telah meminta Pengerusi MARA dan ahli-ahli majlis dan pengurusan tertinggi MARA untuk mencari jalan untuk menyenaraikan syarikat-syarikat di bawah MARA bagi menjana ‘capital gain’ yang memberikan dividen yang baik. pulangan yang baik ROI, yang tinggi agar kebergantungan MARA kepada dana kerajaan dapat dikurangkan untuk tempoh 40 tahun mendatang dan harus dirancang sekarang,” katanya.
Tambah beliau, kerajaan turut optimis menjadikan MARA berkembang sebagai
sebuah konglomerat Bumiputera yang unggul dan mampan dalam semua bidang,
pada masa hadapan.
Beliau berucap pada Majlis Sambutan 60 Tahun MARA di ibu negara hari ini.