Gunung Berapi Kanlaon di Filipina meletus, muntahkan abu setinggi 700 meter

Gunung Berapi Kanlaon meletus pada Sabtu/ Reuters

MANILA, 3 Mei- Gunung Berapi Kanlaon yang terletak di pulau Negros, tengah Filipina meletus pada Sabtu dengan memuntahkan abu setinggi kira-kira 700 meter di atas puncaknya.

RINGKASAN BERITA AI
  • PHIVOLCS memaklumkan pelepasan abu bermula sekitar 1.25 tengah hari, kepulan kelabu bergerak ke arah barat daya.
  • Kejadian dirakam menerusi kamera pemantauan di Balai Cerap Gunung Berapi Kanlaon, Canlaon City.
  • Tahap Amaran 2 kekal berkuat kuasa, menandakan aktiviti masih berterusan dan berpotensi mencetuskan aktiviti susulan.

Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (PHIVOLCS-DOST) memaklumkan pelepasan abu itu bermula sekitar pukul 1.25 tengah hari waktu tempatan dengan kepulan berwarna kelabu bergerak ke arah barat daya.

Kejadian tersebut dirakam menerusi kamera pemantauan di Balai Cerap Gunung Berapi Kanlaon di Canlaon City.

Tahap Amaran 2 bagi Kanlaon kekal berkuat kuasa menandakan aktiviti gunung berapi masih berterusan dan berpotensi mencetuskan aktiviti susulan. -Reuters