Agenda Bumiputera MADANI lebih lantang, tegas dan berani – Anwar

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 3 Mei Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan agenda Bumiputera di bawah Kerajaan MADANI dilaksanakan dengan lebih lantang, tegas dan berani.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pelbagai inisiatif menekankan pembangunan pendidikan, keusahawanan dan penguasaan ekonomi dalam kalangan Bumiputera.
  • Kerajaan menegaskan ia tidak menyokong elitisme dan memastikan kepentingan Bumiputera tidak dipinggirkan.
  • Dasar: pelajar 10A diberikan tempat universiti; 90% kuota untuk Bumiputera dalam program matrikulasi.
  • Anwar menegur ahli akademik agar lebih adil dalam menilai dan berhujah mengenai kuota Bumiputera.

Komitmen itu diterjemahkan menerusi pelbagai inisiatif yang memberi penekanan kepada pembangunan pendidikan, keusahawanan dan penguasaan ekonomi dalam kalangan Bumiputera.

Ia sekaligus membuktikan kerajaan MADANI tidak pernah mendukung ‘elitisme’ hingga meminggirkan kepentingan Bumiputera.

“Bahawa pemahaman kita sementara mendukung beberapa aspek elit umpamanya baru-baru ini, kerajaan memutuskan siapa anak manapun yang mencatat keputusan terbaik 10A automatik diberikan tempat universiti.

“Namun, pada masa sama 90 peratus anak bumiputera diberikan kesempatan untuk program matrikulasi. Jadi jangan bila dalam perbahasan jangan pilih satu. ,” tegas beliau ketika berucap sempena Majlis Sambutan 60 tahun MARA di ibu negara.

Datuk Seri Anwar menegur segelintir ahli akademik yang perlu bersikap lebih adil dalam melontarkan pandangan membabitkan kuota Bumiputera yang dihadkan 90 peratus itu, hanya melibatkan program matrikulasi.

Majlis Sambutan 60 tahun MARA dihadiri lebih 2,500 alumni MARA, bekas pelajar, usahawan dan rakan kolaborasi MARA.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi MARA Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.