
KUALA LUMPUR, 30 April- Seramai 500 anggota polis digerakkan bagi memastikan keselamatan program ‘Rain Rave’ di ibu negara, setakat ini.
- Anggota dari pelbagai unit termasuk bantuan Bukit Aman dikerahkan untuk mengawal keadaan sepanjang program.
- Keadaan dilaporkan masih terkawal menurut Ketua Polis Kuala Lumpur.
- Orang ramai dinasihatkan beri kerjasama dalam pengurusan lalu lintas dan rancang perjalanan lebih awal untuk elak kesesakan.
- Pengunjung diingatkan menjaga ketenteraman awam dan mematuhi arahan keselamatan sepanjang program.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata penugasan itu melibatkan anggota dari pelbagai unit termasuk bantuan Bukit Aman bagi mengawal keadaan sepanjang program berlangsung.
“Untuk malam ini sahaja (Khamis), kekuatan 500 anggota termasuk bantuan dari Bukit Aman, melibatkan semua daerah di Kuala Lumpur. Keadaan masih terkawal,” katanya ketika meninjau tahap keselamatan di lokasi program tersebut.
Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan memberi kerjasama terhadap pengurusan lalu lintas dan merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan.
Pihak berkuasa turut mengingatkan pengunjung agar sentiasa menjaga ketenteraman awam sepanjang program dan mematuhi arahan keselamatan yang ditetapkan.
Program Rain Rave anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026 dijadualkan berlangsung sehingga 2 Mei.