Ribut petir, hujan lebat landa empat negeri hingga 6 pagi

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 1 Mei- Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa kawasan di empat negeri sehingga 6.00 pagi ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Negeri terlibat: Kedah (Bandar Baharu), Pulau Pinang dan Perak (Kerian).
  • Kawasan di Sarawak terjejas termasuk Sri Aman, Sarikei (Julau), Sibu, Mukah (Matu, Dalat), Kapit, Bintulu dan Miri (Subis, Beluru).
  • Pengumuman dibuat dalam kenyataan METMalaysia.

METMalaysia dalam kenyataan memaklumkan negeri terlibat ialah Kedah melibatkan Bandar Baharu; Pulau Pinang; serta Perak di Kerian.

Keadaan cuaca sama turut dijangka di Sarawak membabitkan Sri Aman, Sarikei (Julau), Sibu, Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit, Bintulu serta Miri (Subis dan Beluru).

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.