
SANTO DOMINGO, 19 Appril – Pihak berkuasa Republik Dominica merampas 1,670 bungkusan disyaki kokain seberat kira-kira 1.6 tan selepas mengejar sebuah bot laju di luar pesisir wilayah Pedernales.
- Operasi dilancarkan selepas risikan mengenai sebuah bot laju yang menghampiri perairan Republik Dominica.
- Pemeriksaan bot 32 kaki menemui 57 bungkusan disyaki dadah bersama tangki dan bekas bahan api.
- Unit udara melakukan pemantauan masa nyata, operasi disokong tentera, agensi perisikan, pejabat pendakwa raya dan DEA.
Menurut Jurucakap Direktorat Kawalan Dadah Kebangsaan (DNCD) Carlos Devers berkata, operasi itu dilancarkan selepas pihaknya menerima maklumat risikan mengenai bot laju yang menghampiri perairan negara tersebut, sebelum menemukan 57 bungkusan dadah disyaki di dalam sebuah bot sepanjang 32 kaki bersama beberapa bekas bahan api.
“Selepas kawasan pesisir berjaya diamankan, pasukan operasi memeriksa bot sepanjang 32 kaki itu yang dilengkapi dua enjin sebelum menemukan 57 bungkusan dadah bersama beberapa tangki dan bekas bahan api.
“Sebanyak 1,670 bungkusan atau 1.6 tan dadah disyaki kokain dirampas dalam operasi pengejaran di perairan Pedernales selepas menerima maklumat tepat mengenai ketibaan bot laju di perairan negara itu,” katanya.
Sementara itu Jurucakap Tentera Udara Republik Dominika, Kolonel Juan Miguel Montilla, berkata unit udara melakukan pemantauan dan pengawasan yang membolehkan penjejakan masa nyata serta membantu proses pemintasan bot berkenaan.
Menurut maklumat tambahan, suspek telah meninggalkan bot berhampiran Playa Blanca di kawasan Trudille, berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan sebelum melarikan diri ke kawasan hutan di Taman Negara Jaragua. Tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden itu.
“Unit udara menjalankan pemantauan yang membolehkan pengesanan masa nyata serta membantu proses pemintasan dan penjejakan bot disyaki tersebut,” katanya.
DNCD memaklumkan operasi tersebut turut melibatkan tentera laut, tentera udara, tentera darat, agensi perisikan negara, pejabat pendakwa raya serta sokongan daripada Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah (DEA).- REUTERS