Bekas Menteri Luar Iran salahkan AS rundingan damai gagal

Foto AFP

TEHRAN, 12 April – Bekas Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif menyalahkan Amerika Syarikat (AS) atas kegagalan rundingan damai bagi menamatkan konflik di Asia Barat dengan menyatakan sikap negara berkenaan cuba “menentukan syarat” ke atas Tehran.

RINGKASAN BERITA AI
  • Zarif: AS cuba "menentukan syarat" kepada Iran; rundingan tidak akan berjaya jika berasaskan syarat mereka.
  • Naib Presiden AS JD Vance: rundingan kira-kira 21 jam; Iran memilih untuk tidak menerima "syarat kami".
  • Iran menegaskan tuntutan tidak munasabah oleh AS punca kegagalan; delegasi Iran berunding 21 jam mempertahankan kepentingan nasional.

“Tiada rundingan termasuk dengan Iran akan berjaya sekiranya berasaskan ‘syarat kami’,” tegasnya.

Zarif pernah mengetuai negaranya dalam rundingan nuklear pada 2015 bersama AS dan kuasa besar lain.

“AS perlu belajar bahawa anda tidak boleh menentukan syarat kepada Iran. Masih belum terlambat untuk belajar buat masa ini,” tambahnya dalam satu hantaran di platform X.

Naib Presiden AS JD Vance yang mengetuai delegasi negaranya, berkata dalam sidang media pada Ahad bahawa rundingan berlangsung kira-kira 21 jam dan Iran telah “memilih untuk tidak menerima syarat kami”.

Bagaimanapun, Iran menegaskan tuntutan tidak munasabah oleh negara itu menjadi punca kegagalan rundingan di Islamabad bagi menamatkan konflik di Asia Barat.

Menurut penyiar rasmi negara itu, Islamic Republic of Iran Broadcasting, delegasi Iran telah berunding secara berterusan selama 21 jam demi mempertahankan kepentingan nasional. – AFP