Indian Wells: Anisimova teruskan kemaraan, Gauf tarik diri

Anisimova pamer aksi luar biasa ketika singkirkan Raducanu / REUTERS

INDIAN WELLS, 9 Mac – Pemain nombor enam dunia, Amanda Anisimova, mempamerkan aksi luar biasa apabila menyingkirkan wakil Britain, Emma Raducanu untuk mara ke pusingan 16 terakhir kejohanan Indian Wells hari ni.

RINGKASAN BERITA AI
  • Anisimova catat kemenangan mutlak 6-1, 6-1, merekod 21 pukulan kemenangan berbanding hanya dua.
  • Coco Gauff menarik diri akibat kecederaan siku kiri selepas menerima rawatan ketika tewas set pertama.
  • Keputusan itu memberi laluan kepada Alex Eala, yang dijadual bertemu Linda Noskova untuk layak ke suku akhir.

Bintang Amerika Syarikat itu hanya memerlukan masa singkat untuk mencatatkan kemenangan mutlak 6-1, 6-1 ke atas Raducanu, sekali gus mengesahkan slot ke pusingan kalah mati kali kedua dalam kerjayanya.

Pada pertemuan itu, Anisimova merekodkan 21 pukulan kemenangan (winners), berbanding hanya dua yang dihasilkan oleh Raducanu.

Gauf tidak dapat teruskan permainan akibat kecederaan / AFP

Dalam satu lagi aksi tumpuan, pemain pilihan utama dan pemenang dua gelaran Grand Slam, Coco Gauff terpaksa menarik diri daripada kejohanan akibat kecederaan siku kiri ketika berdepan pemain meningkat naik Filipina, Alex Eala.

Gauff, 21 yang tewas set pertama meminta perlawanan dihentikan seketika di set kedua untuk menerima rawatan sebelum membuat keputusan sukar tidak meneruskan perlawanan.

Keputusan itu memberikan laluan automatik kepada Eala, 20, yang kini menjadi ikon sukan di Filipina, untuk mara ke pusingan 16 terakhir.

Eala dijadualkan bertemu wakil Republik Czech, Linda Noskova, dalam usaha memburu slot ke suku akhir.-REUTERS