
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail / FOTO FAIL BERNAMA
KUALA LUMPUR, 5 Mac – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memerlukan kerjasama agensi penguatkuasaan luar negara bagi membantu melengkapkan siasatan berhubung dakwaan menjatuhkan kerajaan dan melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara.
- PDRM perlukan kerjasama agensi penguatkuasaan antarabangsa untuk melengkapkan siasatan cubaan menjatuhkan kerajaan.
- Maklumat lanjut hanya akan didedahkan selepas siasatan selesai dan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara.
- Beberapa individu telah dikenal pasti; tiga hingga empat lagi dijangka dipanggil untuk membantu siasatan.
- Siasatan melibatkan individu dalam negara dan pihak yang berada di luar negara.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, sebarang maklumat lanjut hanya akan didedahkan selepas siasatan selesai sepenuhnya sebelum dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.
“Pihak polis telah mengenal pasti beberapa individu yang berada dalam radar siasatan dengan kira-kira tiga hingga empat lagi individu dijangka akan dipanggil bagi membantu siasatan.
“Siasatan yang dijalankan bukan sahaja melibatkan individu di dalam negara, malah turut membabitkan pihak yang berada di luar negara,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni Sempena Program Jelajah MADANI 2026 di Masjid Bukit Aman malam tadi.
Terdahulu media melaporkan, polis telah mengambil keterangan seorang individu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan cubaan menjatuhkan kerajaan serta melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara.
Individu warga tempatan berkenaan hadir secara sukarela untuk memberi keterangan selepas laporan dibuat mengenai perkara tersebut pada 26 Februari lepas.