Armizan ucap selamat menyambut bulan Ramadan

Foto FB Armizan Mohd Ali

KUALA LUMPUR, 18 Februari – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali menzahirkan kesyukuran kerana diberi peluang bagi semua umat islam untuk kembali bertemu bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Ramadan disifatkan sebagai bulan rahmat dan keampunan untuk meningkatkan amal ibadah dan ketakwaan.
  • Armizan berharap madrasah Ramadan menjadi medan memperbanyakkan ibadah dan menyucikan jiwa.
  • Beliau berkongsi doa memohon kesejahteraan sepanjang Ramadan.
  • Doa juga ditujukan agar segala ibadah diterima oleh Allah SWT.

Beliau menyifatkan Ramadan sebagai bulan rahmat dan keampunan yang menjadi medan untuk umat Islam memperbanyakkan amal ibadah serta meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT.

“Semoga madrasah Ramadan kali ini menjadi medan untuk kita memperbanyakkan amal ibadah, meningkatkan ketaqwaan kepada-Nya dan menjadi bulan penyucian jiwa memohon keampunan dari Yang Maha Esa,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasminya, hari ini.

Beliau turut berkongsi doa memohon kesejahteraan sepanjang Ramadan serta agar segala ibadah yang dilaksanakan diterima Allah SWT.