Gempa bumi sederhana landa rantau Kepulauan Filipina

Foto Jabatan Meteorologi Malaysia

KUALA LUMPUR, 12 Februari – Gempa bumi sederhana berlaku di Rantau Kepulauan Filipina pada pukul 6.27 pagi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Gempa berukuran 5.0 magnitud dikesan di Rantau Kepulauan Filipina pada kedalaman 10 kilometer.
  • Lokasi gempa ditentukan pada koordinat 20.4°N dan 120.2°E, 245 km selatan Kaohsiung, Taiwan.
  • MET Malaysia mengesahkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa berukuran 5.0 magnitud itu dikesan pada koordinat 20.4 darjah utara dan 120.2 darjah timur, dengan kedalaman 10 kilometer.

Gempa bumi itu berada pada jarak 245 kilometer selatan dari Kaohsiung, Taiwan.

Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa bumi berkenaan.