MAIWP tetapkan kadar zakat fitrah RM8, RM15 dan RM25

Zakat fitrah boleh ditunaikan menerusi amil yang dilantik oleh MAIWP. Foto/BERNAMA

KUALA LUMPUR, 10 Februari – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menetapkan tiga kadar zakat fitrah bagi tahun 1447H/2026M mengikut jenis beras iaitu RM8, RM15 dan RM25.

RINGKASAN BERITA AI
  • MAIWP tetapkan tiga kadar zakat fitrah mengikut jenis beras: RM8, RM15 dan RM25.
  • Zakat fitrah boleh ditunaikan melalui amil dilantik MAIWP dengan kaunter kutipan di Wilayah Persekutuan.
  • Perincian kadar: RM8 untuk beras tempatan, RM15 untuk beras super import, RM25 untuk beras basmati atau setara.

Jumlah itu diumum oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan selepas dipersetujui Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan.

“Untuk makluman zakat fitrah boleh ditunaikan menerusi amil yang dilantik oleh MAIWP. Terdapat kaunter kutipan di pelbagai lokasi disekitar Wilayah Persekutuan dan Alhamdulillah tahun ini seramai 77 orang ketua penolong amil dan 869 penolong amil telah dilantik,” katanya.

Dr Zulkifli berkata demikian ketika merasmikan Majlis Persidangan Pengurusan dan Penyampaian Bantuan Ihya’ Ramadan Masjid dan Surau serta Penyampaian Tauliah Amil Zakat Fitrah Wilayah Persekutuan 2026.

Kadar RM8 ditetapkan bagi mereka yang menjadikan beras tempatan sebagai makanan harian, manakala RM15 bagi pengguna beras super import.

Sementara itu, kadar RM25 dikenakan kepada pengguna beras basmati atau yang setara.