
PUTRAJAYA, 8 Februari -Malaysia dan India sepakat meneruskan kerjasama dalam bidang penjagaan kesihatan,termasuk perubatan tradisional, serta meneroka inisiatif kesihatan bersama.
- Malaysia dan India sepakat memperkukuh kerjasama penjagaan kesihatan termasuk perubatan tradisional dan inisiatif bersama.
- Kerjasama ditumpukan menangani keperluan perubatan kritikal di peringkat serantau.
- Kajian dan rundingan giat dilaksanakan untuk penghantaran pakar Perubatan Tradisional India ke Malaysia.
- Matlamat kerjasama: sistem kesihatan mampu milik, mudah diakses, bersepadu dan memberi manfaat bersama.
Kerjasama itu penting dalam menangani keperluan perubatan kritikal, khususnya di peringkat serantau.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri India, Narendra Modi berkata, kerjasama tersebut mencerminkan aspirasi bersama kedua-dua negara bagi memajukan sistem penjagaan kesihatan yang mampu milik, mudah diakses serta berteraskan rakyat.
“Kerjasama antara kedua-dua negara akan terus diperkukuh merangkumi pelbagai bidang, termasuk penjagaan kesihatan, pelancongan, kebudayaan serta hubungan rakyat dengan rakyat.
“Kerjasama menyeluruh itu diyakini mampu dipertingkatkan lagi sekali gus membawa manfaat bersama kepada kedua-dua pihak,” kata Datuk Seri Anwa dalam Sidang Media bersama Sempena Lawatan Rasmi Perdana Menteri India ke Malaysia.
“Kerjasama antara kedua-dua negara juga akan diteruskan dan diperkukuh dalam bidang semikonduktor, kesihatan serta keselamatan makanan,” kata Modi pada siadang media sama.
Dalam pada itu, Kementerian Luar Negeri menerusi kenyataan memaklumkan, Malaysia kekal komited menyokong perancangan penghantaran pakar Perubatan Tradisional India ke Malaysia bawah Program Kerjasama Teknikal dan Ekonomi India, dengan rundingan bersama India kini giat dijalankan.
Langkah itu dijangka membolehkan penyambungan semula perkhidmatan Perubatan Tradisional India di hospital terpilih Kementerian Kesihatan Malaysia, selain melengkapi rawatan perubatan moden ke arah model penjagaan kesihatan bersepadu dan holistik.