Pengukuhan ringgit bukti keyakinan terhadap tadbir urus Kerajaan MADANI

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 5 Februari – Pengukuhan nilai ringgit bukti kepercayaan terhadap institusi dan hala tuju dasar negara ditadbir dengan baik dan disiplin.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pengukuhan ringgit dipandang sebagai bukti keyakinan terhadap tadbir urus Kerajaan MADANI yang tegas dan berprinsip.
  • Pemulihan kepercayaan pelabur mencerminkan pengurusan fiskal berdisiplin serta kredibiliti institusi yang diperkukuh.
  • Usaha memperbaiki kewangan awam dan menegakkan integriti menunjukkan komitmen serius dalam pelaksanaan kuasa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata, pengukuhan ringgit itu didorong pendirian kerajaan MADANI yang tegas, berprinsip dan tidak berkompromi dalam soal tadbir urus.

“Malaysia kini berada di atas landasan yang lebih kukuh. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) diunjurkan meningkat sekitar 4.9 peratus pada tahun 2025, manakala inflasi kekal terkawal pada paras 1.6 peratus.

“Keyakinan pelabur semakin pulih. Ini merupakan petanda yang menggalakkan, mencerminkan pengurusan fiskal yang berdisiplin serta kesungguhan baharu dalam tadbir urus negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ucaptama perasmian Forum Ekonomi Malaysia 2026 di sini hari ini.

Tambah beliau, kemajuan itu juga bukan dilakukan secara sengaja, namun mencerminkan usaha untuk memulihkan kepercayaan terhadap kewangan awam, memperkukuh kredibiliti institusi, dan menegakkan integriti dalam pelaksanaan kuasa.

Majlis Konvokesyen INFRA rai, tauliah 179 graduan

Artikel Tajaan

TEMAN TEKUN Sabah salur RM25.17 juta sepanjang 2025, perkasa usahawan tempatan

Artikel Tajaan