Dakwaan salah guna dana zakat diserah kepada SPRM – KM Pulau Pinang

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow/Foto RTM

GEORGE TOWN, 3 Februari – Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyerahkan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan berhubung dakwaan penyalahgunaan dana zakat yang dibangkitkan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pihak kerajaan negeri menyerahkan sepenuhnya kepada SPRM untuk menjalankan siasatan dakwaan penyalahgunaan dana zakat.
  • Chow Kon Yeow menegaskan tiada keperluan mana-mana pihak meletak jawatan buat masa ini.
  • Isu telah dijelaskan secara terperinci semasa sidang DUN pada November lalu.
  • Penggunaan dana dikatakan melalui pertimbangan jabatan berkaitan dan pentadbiran negeri menghormati kedaulatan undang-undang.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow menegaskan tiada keperluan untuk mana-mana pihak meletak jawatan buat masa ini bagi menghormati proses siasatan yang sedang berjalan.

Beliau berkata isu berkenaan telah dijelaskan secara terperinci semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada November lalu.

Menurutnya, penggunaan dana terbabit telah melalui pertimbangan jabatan berkaitan dan pentadbiran negeri sentiasa berpegang kepada kedaulatan undang-undang serta sistem kehakiman negara.

“Kini siasatan telah dimulakan oleh SPRM Pulau Pinang dan isu ini sebenarnya telah dibangkitkan semasa sidang DUN pada November lepas serta penjelasan telah diberikan. Kita tunggu siasatan berjalan dan pada peringkat ini tidak perlu mempengaruhi apa-apa siasatan yang dilakukan SPRM. Tidak perlulah letak jawatan, biar SPRM siasat.”

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan program ‘Shared Lab for Integrated Circuit (IC) Design Validation and Characterisation’ di GBS TechSpace, Bayan Lepas, hari ini.

Majlis Konvensyen INFRA rai, tauliah 179 graduan

Artikel Tajaan