Kerajaan komited bentang Kertas Putih NAB 2025-2045 tahun ini

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 28 Januari – Kerajaan menegaskan komitmen untuk membentangkan Kertas Putih mengenai Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan (NAB) 2025-2045 di parlimen pada tahun ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan komited membentangkan Kertas Putih Agenda Negara Menua di Parlimen tahun ini.
  • Kertas Putih disediakan berdasarkan input semua kementerian dan pihak negeri untuk sokongan menyeluruh.
  • Pelaksanaan jadi panduan utama menangani cabaran penuaan termasuk pekerjaan dan kesihatan.
  • Fokus juga pada perlindungan sosial dan pembangunan tenaga kerja berkemahiran.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, ia merangkumi adaptasi dan pandangan daripada semua kementerian serta pihak negeri bagi memastikan dasar itu mendapat sokongan dan penglibatan menyeluruh daripada semua peringkat.

Beliau berkata, pelaksanaan itu dijangka menjadi panduan utama dalam merangka strategi nasional menghadapi cabaran penuaan penduduk, termasuk aspek pekerjaan, kesihatan, perlindungan sosial dan pembangunan tenaga kerja berkemahiran.

“Komitmen kita adalah supaya Kertas Putih dapat dibentangkan di Parlimen tahun ini, agar perkara ini dapat disesuaikan dengan peringkat persekutuan, kementerian-kementerian, serta pihak negeri, dan dapat diumumkan serta mendapat sokongan daripada semua peringkat,” katanya di Dewan Rakyat di sini.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan