12 maut dalam kemalangan bas sekolah di Afrika Selatan

Foto hiasan

JOHANNESBURG, 19 Januari – Seramai 12 pelajar sekolah maut, manakala lima lagi cedera parah apabila bas sekolah yang mereka naiki berlanggar dengan sebuah trak di selatan Johannesburg, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik polis Afrika Selatan pada Isnin.

RINGKASAN BERITA AI
  • 12 pelajar maut dalam kemalangan bas sekolah di Vanderbijlpark, selatan Johannesburg.
  • Lima pelajar cedera parah akibat pertembungan antara bas dan sebuah trak.
  • Polis menyatakan pemandu bas hilang kawalan ketika cuba memotong.
  • Kemalangan dilaporkan oleh Agensi Berita Jerman dan disahkan polis Afrika Selatan.

Polis berkata pemandu bas itu hilang kawalan ketika cuba memotong sebelum melanggar trak berkenaan di Vanderbijlpark, sebuah bandar kira-kira 70 kilometer di selatan Johannesburg.- BERNAMA-dpa